Permohonan Kemasukan Ke SMKA, SABK, & Kelas Aliran Agama 2014

Kongsi Artikel Ini

Kepada pelajar yang memohon belajar di SMKA, SABK dan Kelas Aliran Agama tahun depan (2014), bolehlah mula memohon sekarang . Permohonan telah di buka mula 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013 . Selain itu, permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga telah di buka.

Anda boleh klik link di bawah untuk terus ke Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://public.moe.gov.my/

 

Permohonan ke SBP

Proses pendaftaran perlu di buat terlebih dahulu untuk mendaftar dengan memasukkan Nama, Nama Ibu Bapa/Penjaga, Email, No.Telefon, Telefon Bimbit dan Kata Laluan. Bagi mengelakkan anda terlupa kata laluan, saya sarankan supaya anda mencatiti kata laluan di dalam notepad .

daftar SBP online

 

SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Keistimewaan

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai Bahasa Arab, Jawi & Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab

Syarat kemasukan

Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :
Tingkatan Satu

  • Sekurang-kurangnya 4a 1b ( SK ) / 5A 2B ( SJKC ) dalam Peperiksaan UPSR (SJKT tidak dibenarkan masuk ke SMKA)
  • Boleh membaca Al- Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 13 tahun atau 14 tahun yang lahir pada 31hb Disember
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • Pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • Memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan Empat

  • Lulus PMR, sekurang-kurangnya mendapat 7A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam lain-lain matapelajaran
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang
  • Tingkatan Enam Rendah[sunting]
  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus matapelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun

Senarai SMKA

Perlis
SMKA Arau
SMKA (P) Kangar
Kedah
SMKA Kedah, Alor Setar
SMKA Baling
SMKA Sik
SMKA Yan
Pulau Pinang
SMKA (L) Al-Mashoor, Air Itam
SMKA (P) Al-Mashoor, Georgetown
SMKA Nibong Tebal
SMKA Al-Irshad, Seberang Perai
Perak
SMKA Sultan Azlan Shah, Bota
SMKA Slim River
SMKA Kerian
Selangor
SMKA Simpang Lima, Sabak Bernam
SMKA Kuala Selangor
SMKA Maahad Hamidiah, Kajang
Wilayah Persekutuan
SMKA Kuala Lumpur
SMKA Putrajaya
Negeri Sembilan
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban
SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Sail, Rembau / SMKA Pedas, Rembau
Melaka
SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas
SMKA Tun Perak, Jasin
SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam
Johor
SMKA Maahad Muar
SMKA Segamat
SMKA Johor Bahru
SMKA Bandar Penawar
Pahang
SMKA Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
SMKA Pahang, Muadzam Shah
Terengganu
SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu
SMKA Wataniah, Besut
SMKA Durian Guling, Marang
SMKA Nurul Ittifaq, Besut
SMKA Kuala Abang, Dungun
Kelantan
SMKA Naim Lilbanat, Kota Bahru
SMKA Falahiah, Wakaf Bahru
SMKA Wataniah, Machang
SMKA Melor, Kota Bahru
SMKA Tangok, Bachok
SMKA Lati, Pasir Mas
Sabah
SMKA Toh Puan Hajjah Rahmah
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu
SMKA Kota Kinabalu
SMKA Tun Sakaran, Semporna
SMKA Limauan, Papar
SMKA Mohamad Ali, Ranau
SMKA Tun Said, Kota Belud
SMKA Tun Juhar, Sandakan
SMKA Tun Datu Mustapha, Papar
Sarawak
SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Kuching
SMKA Matang
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Limbang
SMKA Igan
SMKA Seri Aman

Arif Hafizal

Penulis Blog & Perunding Kewangan Takaful Prudential.

Hafizal – who has written posts on ArifHafizal (dot) Com.


Share Button

3 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke SMKA, SABK, & Kelas Aliran Agama 2014

  1. Nadhirah Jamil

    Assalamualaikum. Saya disini ingin membuat rayuan intuk memasuki
    SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID,SEREMBAM. Saya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR dan mendapat 6A dalam UPKK. Saya juga telah memegang jawatan AJK dalam pengawas dan telah memegang jawatan setiausaha dalam kelab catur. Saya pernah mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah,spell it right peringkat daerah,galah panjang mewakili puteri islam peringkat daerah, pertandingan catur peringkat daerah dan menulis surat kepada PM peringkat kabangsaan. Harap tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya.

    Reply
  2. Daniel

    Assalamualaikum saye ingin bertanya bolehkah saye masuk al mashoor lelaki di pulau pinang tanpa upkk?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>